Pages

Monday, December 2, 2019

Tesco jual celery Australia!!




Bahagianya rasa dijiwa....like, seriously guys, bila Lin pergi Tesco dan terlihat Australian celery dijual dekat bahagian rak sayur, terus Lin rasa macam nak menjerit kegumbiraan!! Akhirnya!! Yes!! Thank you Tesco!! Thank you!! You listened to my request. Sebab Lin pernah tag Tesco di Instagram dulu tentang Australian celery ni. Memang itulah yang Lin harap-harapkan sangat sejak tahun lepas lagi sebab Lin tak suka buat jus guna celery dari China. Celery dari China ni bau herbanya tu kuat gila...dan rasa dia tersangatlah  tak sedap berbanding celery dari Australia. Tapi pada mula-mula Lin buat jus celery ni, Lin terpaksa guna celery China sebab susah nak cari yang dari Australia ni, dah tu mahal teramat! Tergejut juga masa permulaannya tu.

Setelah beberapa bulan pening kepala cari stok celery ni di merata tempat, maka terjumpalah akhirnya a good stock di market Koboi, Alor Setar ni. But the problem doesn't end there guys....oh no no....still ada masalah ok! Entah kenapa ya, setiap kali beli celery Australia ni, especially di market ataupun di pasar tani,  peniaga-peniaga ni  suka sangat nak bagi komen ataupun tanya soalan yang Lin dah nak muntah dengar. Kenapa asal nak beli celery Australia ja kena tembakan soalan-soalan yang menjengkelkan. Kalau beli sayur lain, takdak plak depa nak soal lebih-lebih! Why la whyyyyyyy!!! Sampai satu tahap, Lin jadi phobia and sometimes rasa allergic nak beli disebabkan soalan-soalan ni la!

Di antara soalan yang Lin menyampah dengar ialah.....
1. "Akak nak buat jus ya?"
2. "Akak nak buat ubat ya dengan celery 
     ni?"
3. "Beli banyak-banyak celery ni buat 
      masak apa Kak?"
4. "Akak ada darah tinggi ya?"
5. "Akak buat jus ni campur dengan beet, 
  peria, apple dan lemon ya? Tak boleh minum banyak celery jus ni Kak, nanti sakit lain timbul. 
6. Orang dari restaurant memang suka beli 
    celery Australia ni Kak, celery China 
    teruk, depa takkan beli punya Kak!! 
    Baguih ni Kak and bla bla bla.... :P

Yang Lin tak faham tu, kenapa walaupun beli dari penjual yang sama tiap-tiap kali, setiap kali tu jugalah dia akan ulang soalan yang sama....what the celery la!! Annoying sangat. Memory lost kut depa ni...perhaps??

Anyways, itu semua dulu ok....dulu....la ni Lin tak payah dah nak layan soalan-soalan tu semua, all thanks to Tesco!! Cuma sekali je ada cashier yang hairan tengok Lin beli banyak celery tu. Dia takut Lin tersalah pilih celery...sebab Australian celery kan mahal, so dia takut Lin tersilap. Lin cakaplah kat dia, takpa dik, akak sedar apa yang akak pilih ni, jangan risau ya dik hahahahaha! Panik cashier tu :D. Beza banyak harga celery dari China Dan Australia ni. Entah bila harga Australian celery ni nak murah tak tau la.

Satu lagi yang best pasal beli celery kat Tesco ni ialah brand company celery ni pun lain dari yang jenis yang Lin dok beli kat market tu. Dannnnnnn rasa dia pun jauh lebih sedap! Ada rasa manis-manis sikit celery jenis ni. Bau herba dia pun tak kuat. Jadi bila dijuskan, sudah tentu lebih sedap! Yay!

Another plus point adalah, bila beli kat Tesco sudah tentu boleh borong banyak sebab boleh guna trolly depa tu! Takdak lagi rasa sakit tangan nak bawa celery dari market ke kereta macam dulu. Rasanya memang Tuhan nak tolong Lin la.....itu yang Lin dok minta....itulah yang Lin dapat akhirnya.... Alhamdulillah! Syukur sangat dapat juga teruskan semula minum jus celery ni.

Rugi kalau tak dapat nak sambung minum sebab kebaikannya terlalu banyak. Dulu Lin kalau jumpa kawan-kawan atau sesiapa pun, walaupun tak kenal rapat, Lin akan nasihatkan depa untuk cuba minum jus celery ni tapi sekarang tak lagi. Dah malas nak nasihatkan orang sebab kebanyakan orang malas nak buat benda ni untuk jangkamasa yang panjang. Depa hanya nak quick solutions. Kalau boleh, minum jus hari ni, pastu esok lusa hilang semua masalah kesihatan. Nak cepat dan mudah. Malas juga nak membaca atau buat research tentang kesihatan. Semua nak kita cerita kat depa...nak kita feed. So I give up. Kita tak boleh paksa orang ikut cara kita walaupun terbukti cara kita tu bagus atau betul. Kan? Kan? :D


Tesco jual celery Australia!!SocialTwist Tell-a-Friend

No comments: