Pages

Friday, October 2, 2020

Khasiat minum air kacang bendi


L

Alhamdulillah Lin cuba buat air kacang bendi untuk kali pertama tahun ni. Sebelum ni tak berpeluang nak cuba.

Untuk pengetahuan anda semua, air kacang bendi ni khasiatnya banyak tau. Di antaranya ialah:

1. Menstabilkan gula dalam darah.
2. Membantu mengurangkan masalah sembelit.
3. Detox segala toksin dalam badan.
4. Bagus untuk orang yang mengalami depressi.
5. Bagus untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
6. Bagus untuk orang yang mengalami masalah penghadaman.
7. Mengurangkan masalah sendi.
8. Mencantikkan kulit.
9. Bagus untuk memori dan kecergasan otak.
10. Mencuci hati.
11. Mengawal kencing manis.

Senang saja untuk buat air bendi ni. Lin guna satu saja kacang bendi yang dipotong kecil. Masukkan ke dalam gelas yang berisi air. Tutup gelas tu ya. Biarkan semalaman di dalam peti ais. Esok pagi, Lin akan campurkan dengan potongan buah lemon untuk memudahkan Lin minum air ni. Pastikan minum air ni sebelum sarapan ye! Cuba amalkan selama 2 minggu dan anda pasti akan rasa perbezaan pada badan anda. Badan akan rasa lebih bertenaga dan segar. 

Sekarang ni berani la nak cuba sebab sudah ada pokok kacang bendi sendiri. Banyak juga Lin tanam kat kebun kecil Lin di rumah. Jadi lebih organik, tiada racun serangga jadi lebih bersih la kannnn. Tak syioklah nak rendam kacang bendi yang ada racun serangga. Nak makan mentah pun tak berani kalau ada racun serangga. Buah lemon yang Lin campurkan dalam air kacang bendi tu pun datang dari buah lemon yang Lin petik dari pokok lemon yang Lin tanam di kebun sendiri. Jadi Lin boleh makan buah lemon tu sekali dengan kulitnya. Kacang bendi tu pun Lin akan makan juga, jadi tak ada pembaziran lepas minum air kacang bendi ni. Semuanya Lin akan minum dan makan secara mentah. Kacang bendi ni memang boleh makan mentah pun, even bunganya boleh dimakan serta daunnya....tapi Lin sendiri tak pernah mencuba. Kalau nak masak pun boleh tapi lebih baik makan mentah la katanya. Belum terpanggil untuk makan bunga dan daunnya. Dapat makan kacang bendi tu pun dah cukup bahagia.


Khasiat minum air kacang bendiSocialTwist Tell-a-Friend

Tuesday, July 7, 2020

Garfu dan pokok timun




Ada apa dengan garfu? 
Well....in this case, garfu tolong menghalang burung-burung dari berak atas pokok timun Lin yang sulung ni. Like seriously...memang geram bila keluar ke kebun setiap pagi tiba-tiba nampak taik burung atas daun timun. Ini first time Sebenarnya Lin tanam pokok timun. Dulu ada pernah tanam pokok timun tikus. Kecil-kecil ja saiznya. Dah mati dah pokok tu sebab tidak terjaga.


Lin tanam pokok timun ni pun secara tak sengaja sebenarnya. Tiba-tiba ja dia tumbuh kat tempat Lin tanam sisa dapur. Mula-mula tu tak pasti tu pokok apa tapi sebab nampak macam cantik ja...macam sihat elok ja, so Lin korek dan pindahkan ke pasu. Lin agak ja pokok ni pokok timun sebab bentuk daunnya macam pokok timun so Lin cepat-cepat Google, check betul ke tidak pokok ni pokok timun. Rupa-rupanya memang betul lah!! Tak sangka ya! Terus terfikir masa mana Lin beli timun, makan timun sampai boleh tertanam kat tempat kompos tu benihnya. Sebab to be honest, Lin selalunya tak beli timun biasa ni untuk makan. Selalunya beli timun Jepun ja. Itu pun dah lama tak beli. So maybe ermmm sisa timun masa beli nasi ayam kut?? Haha! Kan bila beli nasi ayam, depa letak sepotong timun atau salad kekadang tu. Kalau cantik dan elok timun tu Lin akan makan, kalau tak, maka jadi kompos la timun tu.  Puas fikir, tak jumpa jawapan. Ataupun mungkin rezeki dari burung juga? Macam-macam  pokok dah burung-burung kat sini bawa kat kebun Lin ni. Apa pun alhamdulillah sebab menjadi pokok  timun ni.


Haaaaaaaa.....nampak tak gambar di atas ni? Kesan burung berak yang membuatkan darahku menyirap! Actually, apa susah kan? Just siram ja la dengan air pada daun tu kan? Settle problem....but nooooooo.....nak juga letak garfu plastik free tu tersusun sebaris di atas besi tu. Declare war dengan burung. Hahaha! Alaaaaa takpalah, bukannya takdak tempat lain depa nak bertenggek.....ada lagi dua besi tu depa boleh duduk bertenggek....tak jadi masalah. Asalkan depa tak bertenggek atas pokok timun Lin, I'm happy already. 

Well, the method worked. No more bird poo on my pokok timun. No more mess. Depa pun dah faham yang Lin tak suka. 



Alhamdulillah, pokok timun pun dah berbunga. Tapi setakat ni cuma ada bunga jantan, belum ada bunga betina. Setiap pagi pokok timun ni pokok yang mula-mula sekali Lin akan jenguk sekarang ni sebab suka tengok perkembangan pertumbuhannya yang agak cepat setiap hari. Semoga dia tumbuh dengan baik tanpa masalah. Risau juga sebab tak pernah ada pengalaman tanam timun jenis ni. Tak sabar nak makan buah timun, buat ulam. ;)
















Garfu dan pokok timunSocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, July 4, 2020

Air serai halia lemon sangat sedap!!





Serious sedap sangat! Macam tak percaya! Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran lepas minum air serai halia lemon ni. Lin sebenarnya memang peminat air serai pandan. Sudah lama minat dan pernah blog di sini pasal air tu. Banyak khasiat air serai pandan ni terutama untuk menghilangkan panas badan/demam dan mengubati sakit perut biasa mahupun sakit cirit birit akibat keracunan makanan. Kalau Lin sakit perut, Lin pasti akan buat air ni tanpa berfikir panjang sebab ia begitu mujarab! Betul sangat berkesan.


Tapi bulan lepas Lin ada menonton video YouTube Sugu Pavithra tentang air serai halia lemon ni. Nampak sangat menarik dan sedap cara dia sediakan air tu. Teringin nak cuba membuatnya. Kawan-kawan Lin di Facebook pun ada buat air ni dengan cara mereka yang tersendiri tapi tak terfikir langsung nak cuba sehinggalah Lin tonton video Sugu Pavithra. Salah satu sebab kenapa Lin tak berani nak cuba adalah kerana ada diletakkan halia dalam air ni. Lin rasa agak risau kerana halia kan rasanya sedikit pedas. Jadi tak dapat nak bayangkan macam mana kombinasi rasa serai dan halia ni. Entah sedap ke tidak kan?? Tapi bila Sugu Pavithra tunjukkan cara membuatnya Lin rasa teruja pula nak cuba! Haha! 

So apa lagi! Tergedik-gedik la Lin pergi korek halia, ambil serai, daun pandan dan buah lemon dari kebun kecil di rumah. Ya, Lin tanam semua tu di kebun Lin, tu yang best tu, boleh buat air ni guna hasil dari kebun sendiri, fresh rasa dia tau! Hehe! Sejak Lin rasa buah lemon dari kebun sendiri, Lin dah tak berapa suka nak makan buah lemon dari kedai yang tak fresh dan tak organik. Lain tau rasa dia. Sangat berbeza, lebih wangi!



Buah lemon tu selalunya bila dah masak di pokok, Lin petik dan sejukbekukan dalam peti ais. Bila buat macam tu, kulitnya nanti kita boleh makan tanpa rasa pahit yang keterlaluan. Jadi Lin boleh makan sekali dengan kulitnya sekali. Sedap rasa kulit lemon yang disejukbekukan ni. Tips ni Lin dapat dari  YouTube. Buah lemon pun boleh tahan lebih lama, sampai 6 bulan pun masih ok. Oleh kerana Lin sejukbekukan buah lemon tu maka tak bolehlah nak perah jusnya macam biasa sebab dah keras buahnya. Maka Lin akan potong kecil-kecil dan masukkannya dalam air serai halia tu nanti. Lin tak masakannya bersama serai dan halia tu sebab takut nanti habis khasiatnya.

Lin rebus air serai halia tu pun sekejap saja bersama dengan daun pandan. Rebus lebih kurang 8-10 minit sudah mencukupi dan boleh tuang dalam gelas. Bila air rebusan tu ada mengeluarkan bau serai yang kuat, dah boleh tutup api. Warna daun pandan pun bertukar ke hijau lumut, itu juga salah satu indikasi untuk kita tahu air rebusan dah siap. Daun pandan tu penting, mesti rebus sekali baru sedap air ni. 

Dalam gelas/mug, Lin hanya letakkan brown sugar. Lin tak berani nak letak gula merah seperti mana yang Sugu Pavithra tunjukkan dalam video sebab dia letak agak banyak gula ya dalam air serai halianya. Air perahan lemon pun banyak dia letak. Lin letak brown sugar ja takut nanti kencing manis pula sebab ada keturunan kencing manis dalam keluarga so kena berjaga-jaga ya. Haha! Anyways, I love the taste of this drink and how it made me feel inside. Best sangat-sangat wei!! Barulah Lin faham kenapa orang lebih suka kombinasi ni berbanding kombinasi serai dan pandan saja.  Sejak dah cuba minuman ni, selalu jugalah Lin buat air ni setiap minggu. Bahan-bahan untuk membuatnya pun senang dapat dari kebun maka rugilah kalau tak buat selalu. 

Badan rasa segar ja lepas minum air ni, mood pun bertukar ke mood happy. Time cuaca panas atau masa musim panas elok kita amalkan minum air ni. Kalau anda belum cuba, bolehlah cuba hari ini. Tak cuba, tak tahu kan?? Nak beli air ni kat kedai mahal tau! Buat sendiri kat rumah lebih murah, segar dan bersih. Selamat mencuba! 😉😍👍






Air serai halia lemon sangat sedap!!SocialTwist Tell-a-Friend

Monday, June 29, 2020

Obsesi menanam sayur




Obsesi teruk. Ya betul...sejak dua menjak ni Lin obsessed teruk menanam sayur. To be exact, sejak 1 Mei tahun ni la hingga sekarang. Masa bulan Ramadhan plak tu start obsessed teruk. Obses semacam kali ni. Bila Ramadhan datang, ada saja  perangai pelik aku timbul.  Mimpi apa ntah! Lin memang suka berkebun sejak kecil lagi. Cuma masa Covid 19 ni bila ramai pakat-pakat dok tanam sayur la, tanam indoor plant la, jadi Lin pun ada timbul minat nak buat juga. Bukan la kata sebelum ni tak tanam apa langsung. Memang dok tanam macam-macam dah kat rumah kami ni, cuma when it comes to tanam sayur tu memang dah lama tak buat. Dulu memang pernah tanam kacang bendi, kacang botol, cili besar....pastu, died natural death! Minat tu hilang. Sekarang dia datang kembali. 

One thing about me, when I am into something, I go all out...well, setakat termampu badan ni lah kan. Dah masuk 4 series ni kena beringat juga, tak boleh nak pecut macam masa umur 20an dulu. Masa muda dulu lain la kan, kalau berkebun all day pun takdak hal lah! Tapi sekarang kalau buat macam tu memang cari nahas la! Haha! Dah la dah lama tak bersenam, so kena  sentiasa beringat dan kenal badan sendiri. Kena tahu bila nak berhenti or else boleh tergolek pengsan dalam kebun tu sorang-sorang! Hahaha! 

Salah satu lagi sebab kenapa minat berkebun tu datang mungkin sebab masa virus Covid 19 ni ada masa Lin rasa susah nak cari kangkung untuk Ikan kaloi Lin, si Bulat tu yang memang suka sangat makan kangkung. Tapi menyampah betoi la nak cari kangkung kat supermarket....asyik-asyik dok jual kangkung yang dah nak separuh mati, layu. Sebelum ni senang nak dapat sayur kangkung yang segar kat pasar tani tapi time virus Covid 19 ni memang leceh. Dah la tak boleh nak keluar selalu. To be honest, Lin keluar rumah seminggu sekali ja. Memang makin lama makin malas keluar. So I thought....heyyyy....why not tanam je kan sayur kangkung ni. Itu sayur yang penting pada masa tu. So decided untuk mulakan tanam kangkung dulu. Masa tu rasa macam segala sayur Lin boleh tanam....punya semangat tinggi tak tau nak habaq! Haha! So tanam banyak juga la...lepas tu baru cuba tanam bendi. Benih bendi minta kat jiran sebelah masa awalnya, lepas tu beli sendiri kat kedai Mr DIY Dan Eco.



Plan asal tu nak tanam kangkung dan bendi ja.....siap buat batas beb!!! Tak pernah pernah seumur hidup buat batas sendiri. Masa kecil dulu arwah Daddy pernah la buatkan....tapi sendiri tak pernah la. Memang excited gila masa tu. Dari pagi sampai tengahari kerja dok menanam dan kemaskan garden. Memang dah biasa buat kerja tu dari dulu tapi sekarang ni kerja tu makin banyak la sebab extra kerja tanam sayur pula. 

Lepas tanam bendi tu, macam tak puas tau....nak juga tanam sayur lain. So apa lagi, tergedik-gedik la Lin pergi kedai cari benih. Merata juga cari benih ni, maklumlah kan dah obses sangat. Beli benih, beli tanah, beli pasu.....haish....tapi since Lin ni jenis praktikal person gitu, jadi bila nak beli sesuatu tu pikir banyak kali juga la. Takdaklah sampai membazir. Takut juga kena marah dengan my Mom nanti kalau beli yang bukan-bukan. Yang pasti, paling banyak beli adalah benih dan tanah.


I think the third thing I planted was bawang putih...kiranya semuanya pada awalnya semai dalam toilet tissue roll. Siap belajar kat YouTube untuk bentukkan toilet tissue roll tu jadi bekas untuk semai benih. Jadi tak membazir la benda tu, dapat guna untuk tanam sayur. Anything dari kertas boleh lupus dalam tanah nanti. Interesting juga tanam bawang putih ni tapi entah menjadi ke tak, hanya masa menentukan sebab ambik masa lama juga nak tuai bawang putih ni tau. 



Lepas tu cuba nak tanam sawi pula! Haha! Yang ni paling susah! Serious lama gila nak semai sawi ni. First time cuba rasa agak kecewa sebab tak berapa menjadi tapi since benih ada banyak lagi so will definitely cuba dan cuba lagi lepas ni. Semai dalam bekas telor ja tapi next time tak mau lagi dah buat cara ni sebab leceh dan banyak kerja. Ada cara lain yang Lin belajar kat YouTube yang lebih jimat masa dan tenaga. Takpa, no pain no gain! 😄



Gambar di atas ni kiranya gambar-gambar tanaman yang tinggal dalam kenangan ja la sebab semuanya Lin terpaksa buang akhirnya sebab ada penyakit. Satu macam ja daun kangkung tu jadi kedut-kedut daunnya....lepas tu terjangkit pada pokok bendi pula. Sedih betul sebab dah hampir dua bulan tanam kangkung dan bendi tapi tak dapat peroleh hasilnya. In the end, terpaksa tanam semula. Takpa, biarlah semuanya ni dijadikan pengalaman semoga tanaman yang akan datang lebih cantik dan sihat, in Shaa Allah 😍💚.



Bawang putih dan sawi alhamdulillah masih ok , masih hidup. Cuma sawi tu saya kena tanam lagi sebab yang hidup tu sikit sangat dan tak berapa cantik. Bawang putih pun kena tanam banyak lagi. Seronok sebenarnya tanam sayur ni sebab hasilnya kita boleh makan. Tak sia-sia tanam. Kalau dah mahir dan sudah banyak tanaman mungkin satu hari nanti tak perlu lagi beli sayur di kedai. Petik-petik saja dari kebun di rumah sendiri. Alangkah bahagianya! Semoga impian jadi kenyataan 😉😍.




Obsesi menanam sayurSocialTwist Tell-a-Friend

Friday, April 17, 2020

Duduk di rumah


Hari ni hari ke berapa entah kena berkurung di rumah.....jap nak kira...hmmm rupanya dah sebulan ya.. Sejujurnya, Lin tak kisah pun kena duduk di rumah ni. Sudah biasa kerja dari rumah sejak pindah ke Alor Setar pada tahun 2009 dulu. Semuanya buat kerja online. Masa tu di Alor Setar, working from home ni memang orang Alor Setar tak berapa familiar sangat. Kiranya Lin ni dikira pelik la masa tu sebab kerja dari rumah.
Masa Perdana Menteri bagi arahan duduk di rumah bermula pada 18 Mac, rasa agak panik la masa tu. Rasa macam nak beli segala benda untuk simpan beberapa bulan. Tapi tak dapat pun buat macam tu pada 17 Mac tu. Alhamdulillah la beberapa minggu sebelum hari tu, Lin dah memang dok agak yang perkara seperti ni akan berlaku, jadi Lin perlahan-lahan, sedikit demi sedikit stock up barang juga kat rumah. Tapi takdelah panic buying. Just beli barang-barang yang betul-betul perlu saja. Cuba juga settlekan segala masalah sebelum PKP. Malangnya ada juga yang tak sempat nak settle sebelum 18 hb tu.....so agak risau jugalah masa mula. Alhamdulillah berjaya juga settlekan dalam tempoh PKP tu dengan jayanya.

Tak sangka masa minggu pertama PKP tu Lin kena tahan dengan polis masa pergi cari makanan di Alor Mengkudu. Mak aiii jauhnya Lin cari makan! Rumah di Taman Lumba Kuda....agak jauhlah dari Alor Mengkudu tu. Rasa pelik sebab sekarang agak susah nak beli makanan luar. Rasa takut pun ada nak beli makanan luar ni. Kiranya rasa lebih selamat kut masak sendiri...dah tak percaya sangat kat orang sejak ada Covid-19 Di Malaysia ni. 

Weekly maid pun tak dapat datang dah ke rumah untuk mencuci. Jadinya segala benda kat rumah ni Lin kena buatlah jawabnya. Tapi masak memasak tu my Mom pun ada tolong sekali so kira alhamdulillah la. 

Paling menyampah time Covid 19 ni adalah bila nak membeli barang-barang keperluan di supermarket. Tiap kali nak keluar je kena pakai mask la, gloves la....and kena sanitize tangan semua. Tak dinafikan agak nervous gila tiap kali nak keluar tu. Kena sentiasa beringat. Sentiasa berjaga-jaga. Tak pernah seumur hidup kena dugaan macam ni so it's a lot jugalah nak hadam semua ni. Lepas tu, bila balik rumah pula....kena basuh segala benda kita beli tu. Ya Allah, yang ni yang paling azab! Kalau sikit jer barang yang dibeli takpelah juga...masalahnya tiap kali beli, sure banyak sebab maklumlah kan tak nak keluar selalu, so beli banyak makanya nak membasuh pun banyaklah. Kalau masih muda dan takde masalah kesihatan sekarang ni, Lin memang takde hal nak buat semua tu. Tapi now I realise how hard it is for old folks to handle all this.  Sebab Lin memang tak terdaya rasanya nak buat semua ni. Every time kena keluar shopping, balik jer rumah sure pengsan lepas membasuh dan menyimpan barang. 

Tiap-tiap hari dok dengar berita kat TV pasal Covid 19 ni, Lin rasa kita semua kena hadap benda ni lagi setahun dua baru nak selesai. It's not going to go away that fast. Tambahan pula ada sesetengah negara yang kurang peduli pasal nak tangani masalah virus ni. Jadi makin lama la masalah nak selesai dan entah berapa juta orang akan mati. Kesian tengok kat USA tu, ramai betul yang mati. Semua ni sebab tak ambil serious. Bila kerajaan dan rakyat tak ambil serious, maka ramai yang akan terkorban.

Ramai juga yang mencuba buat topeng muka atau face mask sendiri. Banyak gila video tutorials kat YouTube pasal diy face mask ni. Ye la...satu dunia nak guna face mask ni kan.... kena belajar buat sendiri juga sebab mahal la nak beli surgical mask tu, lagipun surgical mask tu patut kita bagi kat frontliners....they need it more than we do.  Gatal tangan nak mampus nak cuba buat maklumlah dah repair sewing machine tu maka bolehlah jahit face mask sendiri. Teruja sangat nak buat, last2 buat satu jer. Bukan tak nak buat banyak cuma masa tak mengizinkan. Banyak benda lain nak kena buat kat rumah ni. 

So far kat Malaysia ni masih terkawal. Kawalan pergerakan pun makin ketat. Kat Alor Setar ni makin banyak jalan dihalang dan dikawal polis dan tentera. Makin lama makin malas nak keluar ke mana-mana pun. Kalau boleh tu nak duduk diam-diam kat rumah tak nak ke mana-mana. Tak tahulah apa akan terjadi lepas ni kat negara tercinta, hanya mampu berdoa banyak-banyak semoga semua dilindungi olehNya. Amin.
Duduk di rumahSocialTwist Tell-a-Friend

Thursday, January 2, 2020

Goodbye Streamyx, Hello UNIFI



Sekejapnya masa berlalu.....hari ni sudah pun hari kedua dalam tahun 2020. Dah lama dok tunggu tahun 2020 ni, tak sangka kejap ja dah sampai. Konon ada la angan-angan nak blog setiap hari di sini, tapi first day pun dah terlepas!! Adoi! Selalu macam tu. Entah bila la nak boleh buat setiap hari pun tak tau la. Rasa macam impossible jer. 

Anyways.....tentang cerita yang berlaku semalam.....sibuk pepagi lagi kena kemas rumah like crazy sebab orang TM nak mai pasang UNIFI kat rumah. Bayangkanlah, rumah Lin ja kat sini yang masih menggunakan Streamyx! Selalu juga la orang TM call suruh Lin tukar ke UNIFI tapi seperti biasa Lin degil! Macam-macam alasan Lin bagi untuk elak tukar ke UNIFI. Rasanya depa pun dah fed up....senyap la kejap untuk sebulan dua pastu depa call balik minta tukar. Hadoiiii.

Lin nekad lepas tu nak tukar ke UNIFI tapi sebab kekangan masa juga menyebabkan Lin asyik dok tangguh. Maklumlah, Lin ni ada perangai suka tangguh kerja. Something I should change this year! No more tangguh-tangguh ok Lin!!! Babab kang baru tau!! Haha! Ok, pastu, bila dah hati dah set nak tukar ke UNIFI, maka pulun la kemas bilik kraf Lin ni yang sepah yang amat. Kena kemas sebab nak pasang UNIFI tu kat dalam bilik tu la. Nak panggil orang mai masuk pun takut depa tergejut beruk tengok betapa messy gila bilik Lin tu. So lepas dah pulun gila kemas, Lin pun pi la daftar UNIFI hari berikutnya.

Rasa nak gelak guling-guling masa daftar tu sebab baru sedar bahawa selama ni Lin punya Streamyx , kelajuannya hanyalah 2 Mbps!!! Mak aiiiii lembab gila beb!! Patutlah nak upload video kat YouTube pun berjam-jam lamanya. Lin ni bukannya jenis internet savvy sangat. Kalau tanya bab-bab kelajuan internet ni boleh ternganga jugalah kekadang. So bila nak pasang UNIFI, memang tergejut sebab terlampau banyak beza kelajuannya, 30 Mbps berbanding dengan 2 Mbps Streamyx.!!!

Sekarang ni memang seronok sangatlah bila guna internet. Laju sangat! Boleh rasa perbezaannya. Yang penting, sekarang ni walaupun laju ja internet tapi bil internet murah! Sangat murah berbanding yang dulu. Kena puji la pada siapa yang bertanggungjawab di atas perubahan yang baik ini. Alhamdulillah, akhirnya dapat guna internet laju dengan harga yang sangat berpatutan. :D Happy sangat!! A good start for year 2020! :)


Goodbye Streamyx, Hello UNIFISocialTwist Tell-a-Friend