Pages

Wednesday, December 4, 2019

Pengajaran dari kisah duka


Otak Lin terganggu sejak semalam....tak dapat nak lupa peristiwa bila berjumpa kawan baik Mak Lin di kediamannya. Kami jarang-jarang jumpa tapi setiap kali jumpa pasti Lin akan menitiskan air mata dan terganggu jiwa beberapa hari. Tapi perjumpaan semalam paling terkesan di jiwa sebab setelah bertahun-tahun Lin kenal Aunty ni Lin rasa Lin tak betul-betul kenal dia sebenarnya sehinggalah semalam bila dia cerita serba sedikit  kisahnya kepada kami. Mak saya sendiri yang berkawan baik dengannya sejak kecil pun tak betul-betul kenal dia macam mana. Pandai betul orang sembunyikan hal peribadi walaupun pedih di hati penuh berisi.

Tujuan asal jumpa dengan Aunty ni semalam adalah kerana nak hulurkan sumbangan dari kami dan juga dari bekas rakan-rakan sekolah yang lain untuk menampung kos perubatan Aunty dan juga suaminya yang sudah bertahun- tahun uzur. Duit pencen saja tak cukup untuk menampung perbelanjaan setiap bulan. Tambahan pula kalau selalu masuk hospital. 

Buat pertama kalinya Aunty ni luahkan perasaannya pada kami, seolah-olah tak dapat menahan perasaannya lagi. Tak dapat dibendung lagi rasanya. Lin pun tergejut. Barulah tahu betapa susahnya hidup dia sejak kecil lagi. Kalau Lin rasa Lin hidup susah, susah lagi orang lain. Rasa insaf bila dengar ceritanya. Lin janji Lin takkan mengadu lagi hal kesusahan hidup Lin kerana apa yang Aunty ni cerita habis tepis cerita Lin yang Lin rasa tak susah mana pun sebenarnya. 

Banyak cerita dia berkenaan hidup dalam keluarga yang menindas sesama sendiri. Yang senang perkudakan yang susah....ambil hak yang susah....walaupun apa yang dibuat tu salah dan berdosa dalam ajaran agama Islam tapi yang hidup senang ni tak pedulikan semua tu. Yang penting bagi mereka, mereka nak kaya dan  bertambah kaya walaupun dengan duit haram.

Kita yang dok dengar cerita ni memang boleh relate dengan apa yang diceritakan sebab kami pun pernah lalui benda yang lebih kurang sama. Tapi bagi Lin apa yang Aunty ni lalui, lagi trauma.

Tentang hal memberi sumbangan pun Lin rasa terkilan dengan  kawan-kawan  Aunty ni yang banyak soal bila diminta beri sedikit  sumbangan. Hari ni hari dia....hari kita entah bila kita tak tahu. Apalah sangat nak berkira sampai soal macam-macam untuk mengelak dari beri sumbangan. Rasanya lebih baik diam dari soal yang bukan-bukan. 

Aunty ni baik orangnya dan selalu tolong orang. Tak sangka selama ni hidup dia begitu susah. Dia tak cerita kat orang atau pada kawan-kawan. Selalu senyum saja bila berjumpa. Happy go lucky gitu. Pada 15hb Disember ni dia kena buat pembedahan  mata sebab matanya ada masalah di bahagian retina. Agak risiko tinggi sebab kemungkinan boleh jadi buta. Ya Allah....kalau Lin la, rasa takut yang amat nak buat pembedahan ni. Risau yang amat sangat. Macam manalah dia nak jaga suaminya kalau matanya buta nanti....Allahuakbar....

Saya pohon sangat-sangat pada yang membaca post ni untuk sama-sama berdoa supaya Aunty ni dipermudahkan segala urusannya, dapat menjalani pembedahan matanya dengan baik dan dapat melihat semula dengan baik. Terima kasih sangat-sangat pada semua. Semoga Allah memberikan ganjaran dan keberkatan atas usaha kita. Aminn.

Pengajaran dari kisah dukaSocialTwist Tell-a-Friend

No comments: