Sudah lama dah saya teringin nak blog dalam Bahasa Malaysia. Why not kan? After all saya kan orang Malaysia bukan orang luar. Disebabkan bertahun asyik blog in English, sampai orang ingat saya orang luar. Banyak kali dah orang salah sangka! Believe it or not! Haha! Sudah dikhabarkan yang saya ni orang Malaysia tapi masih ada yang fikir saya orang luar. I give up! LOL!
So! Harap-harap lepas ni kalau ada yang melawat blog saya ni, akan sedar yang saya ni orang Malaysia. Kedah born ok! A Malaysian dan sampai bila-bila pun Malaysian! Tak boleh bayangkan jadi rakyat negara lain sebab saya sayangkan Malaysia no matter what people say about negara tercinta ku ini! Ada jer kawan-kawan yang sanggup jer tukar kerakyatan demi gaji lebih dan kehidupan yang disangkanya jauh lebih mewah dan baik berbanding kalau dia tinggal di Malaysia. Oh well....apa nak buat kan? Tapi kalau ramai yang tukar kerakyatan, rugilah orang Malaysia. Ramai graduan berbakat pergi ke luar, tak dapat berbakti untuk rakyat sendiri. Rakyat negara lain yang untung.
Ramai juga yang tertanya-tanya, kenapa selama ni saya blog in English?? Ada yang ingat I do it because I can't write in Malay. Oh God! Please laaaa....takkan laaa tak reti...tolonglahhh! :P Of course ada sebabnya saya blog in English. One of the reasons is because saya nak improve English saya. Kalau selalu menulis dalam bahasa tu, maka semakin lama semakin mahir kita berbahasa Inggeris. Itulah yang saya harapkan. Semakin lancar, semakin banyak vocabulary, semakin confident menggunakannya setiap hari.
Sebenarnya, bahasa ni...kalau kita tak selalu menggunakannya, semakin kita lupakannya. Itu yang saya takutkan. Takut sangat kalau saya lupa. Dah la pandai dua bahasa jer....kalau lupa satu, tinggal satu saja lagi. Rugi!! Penat-penat belajar sejak tadika sampai form 5, pastu sambung pula sampai ke universiti pastu lupa habis....oh no no no....no way! Tak boleh ok! Kena selalu praktis...walaupun orang kutuk Bahasa Inggeris saya tak bagus, ada saya kisah? Saya teruskan saja. Cuba untuk improve setiap hari.
Satu lagi sebab ialah kerana followers saya ramai dari negara luar jadi susah mereka nak faham apa yang saya tulis kalau saya tulis dalam bahasa Malaysia. Memang boleh jer translate tapi menyusahkan mereka la. Bayangkanlah, dekat Facebook pun mereka ni complain kalau status update saya ditulis dalam bahasa Malaysia, inikan pula kalau blog panjang-panjang, lagilah mereka ni complain. So, nak senang cerita dan untuk mengelakkan masalah, maka saya tulislah dalam bahasa Inggeris. Dan saya tak tak menyesal pun buat macam tu kerana ianya memudahkan followers saya membaca content saya di blog. If they are happy, I'm happy too! At the end of the day, kita haruslah kenal readers kita ni macam mana....and give them what they want. Betul tak? :D