Ada apa dengan garfu?
Well....in this case, garfu tolong menghalang burung-burung dari berak atas pokok timun Lin yang sulung ni. Like seriously...memang geram bila keluar ke kebun setiap pagi tiba-tiba nampak taik burung atas daun timun. Ini first time Sebenarnya Lin tanam pokok timun. Dulu ada pernah tanam pokok timun tikus. Kecil-kecil ja saiznya. Dah mati dah pokok tu sebab tidak terjaga.
Lin tanam pokok timun ni pun secara tak sengaja sebenarnya. Tiba-tiba ja dia tumbuh kat tempat Lin tanam sisa dapur. Mula-mula tu tak pasti tu pokok apa tapi sebab nampak macam cantik ja...macam sihat elok ja, so Lin korek dan pindahkan ke pasu. Lin agak ja pokok ni pokok timun sebab bentuk daunnya macam pokok timun so Lin cepat-cepat Google, check betul ke tidak pokok ni pokok timun. Rupa-rupanya memang betul lah!! Tak sangka ya! Terus terfikir masa mana Lin beli timun, makan timun sampai boleh tertanam kat tempat kompos tu benihnya. Sebab to be honest, Lin selalunya tak beli timun biasa ni untuk makan. Selalunya beli timun Jepun ja. Itu pun dah lama tak beli. So maybe ermmm sisa timun masa beli nasi ayam kut?? Haha! Kan bila beli nasi ayam, depa letak sepotong timun atau salad kekadang tu. Kalau cantik dan elok timun tu Lin akan makan, kalau tak, maka jadi kompos la timun tu. Puas fikir, tak jumpa jawapan. Ataupun mungkin rezeki dari burung juga? Macam-macam pokok dah burung-burung kat sini bawa kat kebun Lin ni. Apa pun alhamdulillah sebab menjadi pokok timun ni.
Haaaaaaaa.....nampak tak gambar di atas ni? Kesan burung berak yang membuatkan darahku menyirap! Actually, apa susah kan? Just siram ja la dengan air pada daun tu kan? Settle problem....but nooooooo.....nak juga letak garfu plastik free tu tersusun sebaris di atas besi tu. Declare war dengan burung. Hahaha! Alaaaaa takpalah, bukannya takdak tempat lain depa nak bertenggek.....ada lagi dua besi tu depa boleh duduk bertenggek....tak jadi masalah. Asalkan depa tak bertenggek atas pokok timun Lin, I'm happy already.
Well, the method worked. No more bird poo on my pokok timun. No more mess. Depa pun dah faham yang Lin tak suka.
Alhamdulillah, pokok timun pun dah berbunga. Tapi setakat ni cuma ada bunga jantan, belum ada bunga betina. Setiap pagi pokok timun ni pokok yang mula-mula sekali Lin akan jenguk sekarang ni sebab suka tengok perkembangan pertumbuhannya yang agak cepat setiap hari. Semoga dia tumbuh dengan baik tanpa masalah. Risau juga sebab tak pernah ada pengalaman tanam timun jenis ni. Tak sabar nak makan buah timun, buat ulam. ;)
No comments:
Post a Comment