Pages

Tuesday, July 7, 2020

Garfu dan pokok timun




Ada apa dengan garfu? 
Well....in this case, garfu tolong menghalang burung-burung dari berak atas pokok timun Lin yang sulung ni. Like seriously...memang geram bila keluar ke kebun setiap pagi tiba-tiba nampak taik burung atas daun timun. Ini first time Sebenarnya Lin tanam pokok timun. Dulu ada pernah tanam pokok timun tikus. Kecil-kecil ja saiznya. Dah mati dah pokok tu sebab tidak terjaga.


Lin tanam pokok timun ni pun secara tak sengaja sebenarnya. Tiba-tiba ja dia tumbuh kat tempat Lin tanam sisa dapur. Mula-mula tu tak pasti tu pokok apa tapi sebab nampak macam cantik ja...macam sihat elok ja, so Lin korek dan pindahkan ke pasu. Lin agak ja pokok ni pokok timun sebab bentuk daunnya macam pokok timun so Lin cepat-cepat Google, check betul ke tidak pokok ni pokok timun. Rupa-rupanya memang betul lah!! Tak sangka ya! Terus terfikir masa mana Lin beli timun, makan timun sampai boleh tertanam kat tempat kompos tu benihnya. Sebab to be honest, Lin selalunya tak beli timun biasa ni untuk makan. Selalunya beli timun Jepun ja. Itu pun dah lama tak beli. So maybe ermmm sisa timun masa beli nasi ayam kut?? Haha! Kan bila beli nasi ayam, depa letak sepotong timun atau salad kekadang tu. Kalau cantik dan elok timun tu Lin akan makan, kalau tak, maka jadi kompos la timun tu.  Puas fikir, tak jumpa jawapan. Ataupun mungkin rezeki dari burung juga? Macam-macam  pokok dah burung-burung kat sini bawa kat kebun Lin ni. Apa pun alhamdulillah sebab menjadi pokok  timun ni.


Haaaaaaaa.....nampak tak gambar di atas ni? Kesan burung berak yang membuatkan darahku menyirap! Actually, apa susah kan? Just siram ja la dengan air pada daun tu kan? Settle problem....but nooooooo.....nak juga letak garfu plastik free tu tersusun sebaris di atas besi tu. Declare war dengan burung. Hahaha! Alaaaaa takpalah, bukannya takdak tempat lain depa nak bertenggek.....ada lagi dua besi tu depa boleh duduk bertenggek....tak jadi masalah. Asalkan depa tak bertenggek atas pokok timun Lin, I'm happy already. 

Well, the method worked. No more bird poo on my pokok timun. No more mess. Depa pun dah faham yang Lin tak suka. 



Alhamdulillah, pokok timun pun dah berbunga. Tapi setakat ni cuma ada bunga jantan, belum ada bunga betina. Setiap pagi pokok timun ni pokok yang mula-mula sekali Lin akan jenguk sekarang ni sebab suka tengok perkembangan pertumbuhannya yang agak cepat setiap hari. Semoga dia tumbuh dengan baik tanpa masalah. Risau juga sebab tak pernah ada pengalaman tanam timun jenis ni. Tak sabar nak makan buah timun, buat ulam. ;)
















Garfu dan pokok timunSocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, July 4, 2020

Air serai halia lemon sangat sedap!!





Serious sedap sangat! Macam tak percaya! Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran lepas minum air serai halia lemon ni. Lin sebenarnya memang peminat air serai pandan. Sudah lama minat dan pernah blog di sini pasal air tu. Banyak khasiat air serai pandan ni terutama untuk menghilangkan panas badan/demam dan mengubati sakit perut biasa mahupun sakit cirit birit akibat keracunan makanan. Kalau Lin sakit perut, Lin pasti akan buat air ni tanpa berfikir panjang sebab ia begitu mujarab! Betul sangat berkesan.


Tapi bulan lepas Lin ada menonton video YouTube Sugu Pavithra tentang air serai halia lemon ni. Nampak sangat menarik dan sedap cara dia sediakan air tu. Teringin nak cuba membuatnya. Kawan-kawan Lin di Facebook pun ada buat air ni dengan cara mereka yang tersendiri tapi tak terfikir langsung nak cuba sehinggalah Lin tonton video Sugu Pavithra. Salah satu sebab kenapa Lin tak berani nak cuba adalah kerana ada diletakkan halia dalam air ni. Lin rasa agak risau kerana halia kan rasanya sedikit pedas. Jadi tak dapat nak bayangkan macam mana kombinasi rasa serai dan halia ni. Entah sedap ke tidak kan?? Tapi bila Sugu Pavithra tunjukkan cara membuatnya Lin rasa teruja pula nak cuba! Haha! 

So apa lagi! Tergedik-gedik la Lin pergi korek halia, ambil serai, daun pandan dan buah lemon dari kebun kecil di rumah. Ya, Lin tanam semua tu di kebun Lin, tu yang best tu, boleh buat air ni guna hasil dari kebun sendiri, fresh rasa dia tau! Hehe! Sejak Lin rasa buah lemon dari kebun sendiri, Lin dah tak berapa suka nak makan buah lemon dari kedai yang tak fresh dan tak organik. Lain tau rasa dia. Sangat berbeza, lebih wangi!



Buah lemon tu selalunya bila dah masak di pokok, Lin petik dan sejukbekukan dalam peti ais. Bila buat macam tu, kulitnya nanti kita boleh makan tanpa rasa pahit yang keterlaluan. Jadi Lin boleh makan sekali dengan kulitnya sekali. Sedap rasa kulit lemon yang disejukbekukan ni. Tips ni Lin dapat dari  YouTube. Buah lemon pun boleh tahan lebih lama, sampai 6 bulan pun masih ok. Oleh kerana Lin sejukbekukan buah lemon tu maka tak bolehlah nak perah jusnya macam biasa sebab dah keras buahnya. Maka Lin akan potong kecil-kecil dan masukkannya dalam air serai halia tu nanti. Lin tak masakannya bersama serai dan halia tu sebab takut nanti habis khasiatnya.

Lin rebus air serai halia tu pun sekejap saja bersama dengan daun pandan. Rebus lebih kurang 8-10 minit sudah mencukupi dan boleh tuang dalam gelas. Bila air rebusan tu ada mengeluarkan bau serai yang kuat, dah boleh tutup api. Warna daun pandan pun bertukar ke hijau lumut, itu juga salah satu indikasi untuk kita tahu air rebusan dah siap. Daun pandan tu penting, mesti rebus sekali baru sedap air ni. 

Dalam gelas/mug, Lin hanya letakkan brown sugar. Lin tak berani nak letak gula merah seperti mana yang Sugu Pavithra tunjukkan dalam video sebab dia letak agak banyak gula ya dalam air serai halianya. Air perahan lemon pun banyak dia letak. Lin letak brown sugar ja takut nanti kencing manis pula sebab ada keturunan kencing manis dalam keluarga so kena berjaga-jaga ya. Haha! Anyways, I love the taste of this drink and how it made me feel inside. Best sangat-sangat wei!! Barulah Lin faham kenapa orang lebih suka kombinasi ni berbanding kombinasi serai dan pandan saja.  Sejak dah cuba minuman ni, selalu jugalah Lin buat air ni setiap minggu. Bahan-bahan untuk membuatnya pun senang dapat dari kebun maka rugilah kalau tak buat selalu. 

Badan rasa segar ja lepas minum air ni, mood pun bertukar ke mood happy. Time cuaca panas atau masa musim panas elok kita amalkan minum air ni. Kalau anda belum cuba, bolehlah cuba hari ini. Tak cuba, tak tahu kan?? Nak beli air ni kat kedai mahal tau! Buat sendiri kat rumah lebih murah, segar dan bersih. Selamat mencuba! ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜๐Ÿ‘






Air serai halia lemon sangat sedap!!SocialTwist Tell-a-Friend