Tahun depan....insyaallah kiranya aku masih wujud di dunia ni.....aku rasa aku nak buat perkara yang sama seperti mana aku buat pada tahun lepas. Aku dah agak dah.....perkara bodoh tu akan berlaku sekali lagi tahun ni.....tapi entah kenapa aku turutkan juga cakap dia......pastu...aku menyesal tak sudah. Seperti mana yang pernah berlaku pada tahun-tahun yang lepas, aku telah jangkakan ianya akan berlaku sekali lagi pada tahun ini......tapi disebabkan aku nak terapkan sikap positif aku yang serba baru ini, aku cuba untuk tidak fikir yang bukan-bukan.....dan fikir yang positif saja la.....tiba-tiba....perkara bodoh itu berlaku sekali lagi....adusssss......sedih sangat! Kecewa....kecewa sangat-sangat.... :( Setelah aku merancang semuanya dengan baik......aku sediakan segala yang perlu sehari sebelumnya supaya segalanya akan berjalan dengan lancar keesokkan paginya. Tetapi, dia telah merosakkan rancangan aku yang suci murni itu.
Yang paling aku geram......sebab perkara bodoh tu sebenarnya dapat dielakkan....tapi entah kenapa....kenapa, kenapa, kenapa??????? Dia buat perkara tu juga......tiap-tiap tahun......macam tu je la perangai dia.....tak faham la aku kenapa dia suka buat camtu di pagi raya. Pada tika dan saat yang paling penting di waktu pagi tu, waktu itulah dia gemar melakukan aktiviti-aktiviti yang patutnya dilakukan pada tika dan waktu yang lain. Tapi, entah kenapa dia suka buat aktiviti-aktiviti itu pada waktu tu juga. Seolah-olah kiranya dia tak buat semua tu pada waktu tu, hidupnya tak sempurna pada hari tu.
Nampaknya hajat aku tak kesampaian. Entah bila nak sampai pun tak tahulah. Rasanya tahun ni....tahun yang terakhir aku berharap......aku dah tak nak berharap lagi. Tahun depan, aku akan buat apa yang aku suka.....malas dah nak jaga hati dia.....hati aku ni sapa nak jaga??? Hancur berkecai akibat sikapnya yang terlalu pentingkan diri sendiri.
Nampaknya hajat aku tak kesampaian. Entah bila nak sampai pun tak tahulah. Rasanya tahun ni....tahun yang terakhir aku berharap......aku dah tak nak berharap lagi. Tahun depan, aku akan buat apa yang aku suka.....malas dah nak jaga hati dia.....hati aku ni sapa nak jaga??? Hancur berkecai akibat sikapnya yang terlalu pentingkan diri sendiri.
Menyesal sangat kerana ikut cakap dia.........ingat dia dah berubah tahun ni....rupa-rupanya.....dia masih seperti dulu......ya Allah....kau tabahkan lah hati hamba Mu ini....... :(
6 comments:
kak lin.. jgn sedih :( as kat sini terasa jugak.. huhu
hugs!
As....sedih la As...sebab impian tak kesampaian tahun ni. Gara2 perbuatan bodoh seseorang. Tak meriah langsung raya tahun ni...sangat2lah membosankan. :(
huhu.. as ad bc satu novel ni tau kak lin.. ad sorg wanita ni selalu diuji Tuhan. tapi dia bersedih untuk SEHARI saja. esokny, dia happy balik. the day she lost her father, the day she lost her mother, unhappy marriage until end up dgn perceraian.. huhu~ sebab dia percaya, banyak lagi perkara yg harus kita syukuri. so, don't worry k? life goes on n time heals. memang rs syg sgt sebab ry cuma sekali jek kan? but don't let yesterday ruin your entire life tau? bangkit, have fun, and have faith again! ^^ i know you're a strong woman :)
love, As
Don't worry As...Kak Lin memang tak suka sedih lama2....paling lama pun sehari jer. Pastu dah ok balik seperti biasa. Life is too short utk sedih lama2. Tapi one thing though....Kak Lin suka share apa yg Kak Lin rasa dalam hati kat blog ni...so please don't worry kalau Kak Lin tulis benda2 camni ya. Tempat ni adalah tempat utk Kak Lin luahkan perasaan yg terpendam. Sebaik saja Kak Lin tulis di sini apa yg terbuku dalam hati, terus rasa lega yang amat sangat....dan boleh let go segala rasa yang mengganggu hati dan fikiran. :)
perbuatan bodoh macmne tu??
kalau tak kberatan nak bagtau..:)
Maaf ye Asmidar....Lin tak dapat nak share kat sini pasal hal bodoh tu...it's kinda personal. Lin takleh nak cerita semuanya...so setakat itu jer yg dapat Lin share di blog.
Post a Comment