Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia!!!


Selamat hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia!! Hari ni kita cuti!! Yay! hahaha.....Saya memang cuti pun hari ni.....cuti raya sampai akhir bulan September! hahaha.....tapi walaupun cuti, saya masih lagi berkreatif dalam studio. Banyak kerja yang tertunggak yang harus disiapkan.

Hari Malaysia ni sebenarnya untuk memperingatkan kita kepada penggabungan Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Dalam erti kata yang lain, ianya memperingatkan kita kepada pembentukan Malaysia la. :). 16 September 1963 merupakan tarikh bersejarah di mana kesemua negeri dalam Tanah Melayu bersatu membentuk Malaysia....negara tercinta.

Cuaca hari ni sangat baik sekali.......hujan sejak semalam menyebabkan udara segar....sejuk dan nyaman saja. Baru sekarang saya nampak cahaya matahari bersinar terang. Sangat sesuai untuk keluar bersiar-siar tapi apa kan daya saya ada tugasan yang belum selesai. Maka saya harus siapkannya juga sebelum boleh melakukan apa-apa aktiviti untuk menghiburkan hati hehehe...

Semoga kita semua rakyat Malaysia memperingati hari yang bersejarah ini dan menghargai hari yang penuh bermakna ini dengan bersyukur kepada Ilahi. Negara kita aman dan makmur sehingga ke hari ini dan bebas  merdeka!  Rakyat bersatu ....negara maju :).
Selamat Hari Malaysia!!!SocialTwist Tell-a-Friend

3 comments:

mangosteenskin said...

wah! entri yang menarik! jarang sekali lin tulis dalam bahasa melayu.

selamat bercuti lin dan selamat hari malaysia!

Yan said...

Salam Lin,

selamat ari raya..amik kesempatan...

Noor Azlina Abdul Samad K. said...

Thanks Mango...sekali sekala nak try tulis dalam Bahasa Melayu hehehe seronok jugak tau hehee

Selamat Hari Malaysia and happy holidays to you too Mango!

Kak Yan....Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir batin... :)