Pages

Tuesday, January 12, 2021

Menu sihat untuk 2021


Alhamdulillah tahun baru 2021 dengan azam baru ni Lin ingin mulakan semula "clean eating". Sebelum ni pun Lin pernah buat bila badan rasa tak berapa sihat sangat. Kali ni pun atas sebab yang sama. Biasalah kan, bila dah sakit teruk baru nak insaf, haha! Hujung tahun lepas Lin rasa sakit sangat badan ni sampai ke tahap nak buat kerja apa pun susah. Rasa tak larat nak buat apa pun. Masa tu Lin sedar yang Lin kena bertindak cepat sebelum terlambat!

Bila dah lama tak buat clean eating ni memang rasa susah sangat nak mulakan. Sebab dah terbiasa makan makanan yang bergoreng, banyak lemak dan sebagainya. Jadi nak berhenti seratus peratus tu memang sangat-sangat mencabar ya! Serious memang sangat mencabar terutama sekali bila orang yang duduk serumah dengan kita tak ikut sama diet kita ni. Dia makan makanan yang sedap-sedap, kita hanya boleh tengok je lah kan. 

Diet kali ni sangat berbeza berbanding dulu sebab kali ni Lin dah lebih berpengalaman dalam hal ni dan ada lebih banyak pengetahuan berkenaan clean eating ni. Lin juga tak terlalu obsess seperti dulu dalam pemilihan makanan untuk diet ni. Dulu agak ekstrem juga sampai menyusahkan diri sendiri buat menu pelik-pelik ikut cara Mat Saleh sangat, padahal boleh jer ikut cara kita sendiri. Yang penting dalam clean eating ni adalah, elakkan makanan yang diproses dan elakkan pengambilan minyak. Pengambilan garam dan gula pun kena kurangkan ya. Lin lebih suka ada balance dalam diet tu, jangan ekstrem sangat sebab bila ekstrem, kita tak boleh nak teruskan cara pemakanan ni dalam tempoh masa yang lama. Mungkin lepas 2 atau 3 minggu kita akan rasa susah untuk teruskan. Jadi perlu ada balance.

Lin juga rasa tak perlu jadi vegan untuk sihat. Lebihkan makan sayur tu bagus sebenarnya tapi makan lauk pun elok juga. Cuma kena pastikan ada hadnya. Elok sukat apa yang kita nak makan setiap hari. Jangan terlebih dan jangan terkurang. Cara nak masak lauk tu pun kena ubah. No more goreng-goreng ni....kena bakar, stim atau rebus saja.

Rasanya dah 3 minggu dah Lin buat clean eating ni dan badan rasa lebih bermaya untuk buat kerja, lebih ringan dan kuat berbanding sebelum ni. Berat badan pun ada kurang sedikit, alhamdulillah. Bila dah hari-hari makan makanan yang tak berminyak, sekarang ni dah tak lalu nak makan lauk yang berkuah, rasa nak loya tengok minyak berlinangan dalam kuah tu. Asyik dok bayangkan bagaimana minyak tu boleh sumbatkan saluran darah! Aduh ngerinya!

Kalau untuk sarapan pagi tu, seperti gambar di atas tu, Lin suka sangat makan oats dan susu almond. Lin suka makan oats dengan susu, tapi sebab badan ni ada alahan dengan susu lembu, maka Lin cuba  susu almond. Alhamdulillah sesuai. Tak ada rasa kembung perut seperti mana kalau makan dengan susu lembu. Dulu-dulu kalau makan oats, mesti makan dengan kurma atau pisang serta pelbagai kekacang. Sekarang ni, simple saja, oats dan susu almond. Jimat dan mudah. Senang sebab sekarang dah ada orang jual susu almond ni di pasaraya, dulu-dulu memang susah nak dapat kat Alor Setar benda-benda macam ni. Sekarang makin mudah.

Makan tengahari pula, Lin suka makan nasi. Bagus makan nasi berbanding makan roti. Roti pun Lin dah tak makan sekarang ni sebab roti ni menyebabkan alergi juga. Setengah orang memang tak boleh makan makanan berasaskan gandum. Semua kena "gluten" free. Lin termasuk dalam golongan tu, cuma sebab suka sangat dengan roti, kekadang tu buang semua pantang dan bantai makan juga sampai sakt-sakit. Nak puaskan nafsu sampai merana badan. Makan pi la ubat bergantang-gantang pun tapi kalau tak pantang makan, sampai bila-bila pun takkan sembuh. 

Sekarang ni suka sangat makan macam ni. Makan nasi dengan ayam bakar atau ikan bakar, sayur kukus, sup sayur dan acar timun atau ulam-ulam dari kebun. Simple tapi sangat menyelerakan. Alhamdulillah dapat makan macam ni sekarang ni. Untuk makan malam pula, Lin cuba elakkan makan nasi, tapi makan sayur banyak dan sedikit lauk. Makan pun agak awal, sebelum pukul 8 malam, semua dah settle. Kekadang tu sebelum pukul 7 malam pun dah settle! Haha! Tak elok makan malam lewat sangat. Nanti perut tak sempat nak hadam sebelum kita tidur.

Apa pun Lin sangat bersemangat untuk teruskan menu sihat ni, kalau boleh sampai bila-bila pun makan menu yang sihat. Tak mau dah makan macam dulu tu lagi. Walaupun sedap di tekak, lama-lama badan kita yang dah tua ni tak boleh nak handle makanan macam tu dan penyakit pun datang berpusu-pusu. Sebulan sekali kalau nak makan juga boleh ja, jangan strict sangat, cuma jangan dijadikan amalan setiap hari.


Menu sihat untuk 2021SocialTwist Tell-a-Friend

No comments: