Pages

Monday, July 13, 2009

In the paper again today!!! Yay!! ;)

I was in Alor Setar for a few days.....was about to leave for KL today when my aunt got a message from her friend telling her about my article in Utusan Malaysia was out today. I was surprised as I didn't expect it to come out so soon. I could see how happy my mom was today.....hehehehehe....... It's never an easy road/journey for artists like me.....it's never easy to please our parents.....only those who have gone the same journey as me would understand this. I am really looking forward for the journey I will be making soon in life and the adventures I will be experiencing at my new working place.....I know it will be wonderful and I will make sure of it!! :) Chaiyo! Chaiyo!!

Utusan Malaysia -pullout - MODE/Keluarga (Cover)


Obses kad buatan tangan




WANITA kreatif... Noor Azlina Abdul Samad yang menghasilkan kad buatan sendiri dan dijual melalui laman web.



KAD menjadi medium pengantar isi hati dan memberi lebih pengertian sama ada daripada penerima mahupun yang menerimanya.
Walau bagaimana eksklusif kad yang ada di pasaran tidak akan sama nilainya dengan kad yang dihasilkan sendiri setulus hati.
Sejak di bangku sekolah kita telah diajar menghasilkan kad sendiri untuk memberi penghargaan kepada ibu, bapa, guru dan sebagainya bagi memperingati tarikh-tarikh tertentu.
Namun apabila usia menginjak remaja, lambakan kad ucapan di pasaran menjadi pilihan untuk menyampaikan isi hati kepada orang tersayang.
Melewati paparan demi paparan di internet menemukan penulis dengan satu blog yang penuh dengan kad buatan tangan menggunakan tajuk, Lin Handmade Cards.
Secara peribadi penulis amat kagum dengan individu yang memiliki kreativiti dalam menghasilkan sesuatu kad seperti itu. Cakaplah apa saja jenis kad sama ada hari lahir, ulang tahun, ucapan tahniah, simpati, perayaan dan sebagainya semuanya boleh dizahirkan oleh wanita kreatif ini.
Noor Azlina Abdul Samad K., 34, tidak pernah membayangkan bahawa kad menjadi sumber pendapatan beliau.
Pada awalnya, wanita yang selesa membahasakan dirinya sebagai Lin ini hanya menghasilkan kad sebagai hobi.
"Daripada hobi bertukar kepada perniagaan," ujarnya pendek sebaik memperkenalkan diri kepada penulis pada satu sesi fotografi yang diadakan di pejabat Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Wanita berkacamata ini mula serius menghasilkan kad ucapan sejak tahun 2007 selepas beliau meletakkan jawatan sebagai eksekutif pentadbiran di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
"Kebetulan ketika itu kesihatan saya juga agak terganggu, jadi dari menyusahkan syarikat kerana selalu mengambil cuti sakit maka saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja," katanya yang berasal dari Alor Star, Kedah.
Bermula daripada itu, Noor Azlina tercari-cari kerja yang membolehkan dia menyesuaikan masa dengan keadaan dirinya.
Kalau wanita lain memilih membuat kuih atau kraf tangan yang kemudian dipasarkan melalui laman web, berbeza pula bagi Noor Azlina.
Beliau menggunakan kreativiti yang dianugerahkan Tuhan untuk menghasilkan kad-kad ucapan menarik dan unik.
"Pada peringkat awal saya cuma menghasilkan beberapa keping saja dengan rekaan yang berbeza. Harga yang dikenakan juga murah walaupun saya sedar masa ia tidak setimpal dengan kreativiti, masa serta tenaga yang dicurahkan untuk sekeping kad.
"Namun demi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan sesuatu yang unik dan dibuat sendiri saya cuba penuhi selagi terdaya," jelasnya yang beroperasi dari kediaman sewanya di Apartmen Penara, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Noor Azlina turut menunjukkan kepada penulis kad-kad ucapan yang dihasilkannya, sekali pandang pasti sukar untuk percaya ia buatan tangan kerana hasil akhirnya terlalu sempurna.
"Memang saya seorang yang begitu teliti dan tidak akan puas selagi tidak menghasilkan sesuatu kad dengan sempurna.
"Tetapi bukan mudah untuk menghasilkan potongan sekecil ini ia menduga kesabaran serta ketelitian yang amat tinggi," ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Berkongsi minat dengan rakan di Internet
Menurut Noor Azlina, Malaysia masih jauh dalam penciptaan peralatan untuk menghasilkan kad buatan tangan berbanding negara seperti Amerika dan Eropah.
"Menerusi Internet saya mempunyai ramai rakan di luar negara yang berkongsi minat membuat kad. Melalui laman sembang kami bertukar idea serta teknik untuk memantapkan penghasilan sesebuah kad.
"Saya cukup terharu kerana ada di antara rakan di laman sembang yang sanggup menghantar peralatan termasuklah kertas yang tidak boleh ditemui di Malaysia.
"Lebih teruja jika kad yang saya hasilkan mendapat penghargaan daripada rakan-rakan sekali gus menjadi motivasi untuk saya menghasilkan kad yang lebih menarik," katanya yang memasarkan perniagaan kad ucapannya secara dalam talian.
Seperkara yang membuatkan Noor Azlina terharu dengan rakan-rakannya di Internet ialah mereka tidak langsung lokek berkongsi ilmu dan idea.
Sebelum mendapat kamera digital yang dihadiahkan oleh ibu saudaranya, Noor Azllina menggunakan pengimbas untuk mengingati teknik setiap kad yang dihasilkan.
"Memang payah, adakalanya kad yang dihasilkan menggunakan jemeki mencalarkan pengimbas, imbasan juga menyebabkan sukar untuk melihat bentuk kad secara dua dimensi. Kini baru saya sedar kamera digital amat penting untuk perniagaan saya ini," katanya yang cenderung memilih motif flora dalam hasil seninya.
90 kad pertunangan tugasan pertama
Lin berkata, kalau di zaman sekolah dulu dia menghasilkan kad untuk ibu, bapa serta saudara maranya sahaja, namun kini dia turut mendapat pesanan kad untuk undangan majlis pertunangan dan perkahwinan.
"Tugasan pertama saya ialah menghasilkan kad untuk majlis pertunangan, kebetulan pada masa yang sama saya juga menerima tempahan untuk kad perkahwinan.
"Bayangkan saya perlu menyiapkan sebanyak 90 kad yang setiap satunya memerlukan kerja seni yang amat teliti dalam tempoh yang singkat.
"Namun segala penat lelah saya terbalas apabila pelanggan amat teruja dan berpuas hati dengan kad yang mereka tempah," ujar Noor Azlina yang telah menghasilkan lebih daripada 100 jenis kad.
Bagi memastikan rekaannya menepati cita rasa pelanggan, dia mengambil inisiatif menghasilkan mock kad sebelum menzahirkan kad yang sebenar.
Proses mencari idea bermula dari melayari internet dan memilih bentuk motif seperti yang dimahukan pelanggan.
"Saya pernah menerima tempahan kad ulang tahun perkahwinan daripada seorang isteri. Dia mahukan kad yang apabila dibuka di dalamnya seperti mulut ingin dicium dalam bentuk yang paling seksi.
" Proses untuk mencari bentuk mulut sahaja memakan masa, selesai memilih saya akan menunjukkan motif kepada pelanggan agar motif tersebut menepati imaginasinya. Kemudian saya harus fikirkan bagaimana hendak memastikan mulut tersebut muncul dengan menggiurkan ketika dibuka penerimanya.
"Setiap kali selesai satu langkah saya akan mengambil gambar sebagai rujukan di masa akan datang. Memikirkan teknik pop up ini betul-betul mencabar minda," katanya yang dalam perancangan membuka kelas seni untuk kanak-kanak di kediaman ibunya di Alor Star, Kedah.
Kesukaran dan cabaran yang dihadapi membuatkan Noor Azlina hampir serik menghasilkan kad dengan teknik pop up lagi.
Namun pendirian itu berubah apabila bapa saudaranya memperkenalkan satu laman web yang mengajar dengan terperinci cara membuat kad pop up.
"Menghasilkan kad pop up memerlukan kita banyak berfikir dan berimaginasi. Proses menghasilkannya juga amat teliti. Memang memakan masa namun puas hati apabila melihat hasil yang sempurna," kata Noor Azlina yang berhasrat meluaskan pasaran kad ucapan kreatifnya ke luar negara.

In the paper again today!!! Yay!! ;)SocialTwist Tell-a-Friend

8 comments:

Grace to You said...

WOW, Azlina - CONGRATULATIONS!!! I wish I could read the article - it sure looks great! And such nice pictures too - what a thrill!!

...and my computer is cooperating this morning - yay! :)

Azlina Abdul said...

Thank you Sandi!!! It's a real thrill indeed! Sure did made my day :) Will try my best to translate the article for you soon! And a big YAY! for your PC! lol!

CC said...

OMG!!! I am so proud of you! And a cover too??? Wow! No wonder your mom was so proud of you!!! You look really great & professional! Have you lost some weight too? The pics are really good! I wish we could buy copies even if we couldn't read it! Did your mom buy all the copies!? :) LOL!
You are doing great! And what a great new adventure you are heading for!
Love you, Sweetie!
CC

Azlina Abdul said...

Oh thank you CC!!! Yup! My mom was glowing that day hehehe! yeah...I did lost some weight due to the health problems..and the new diet I had to follow. I'll try to send you a copy of the article when you have moved to the new location ok??? ;)
Love you too!!!

~FAWA~ said...

salam...rasa cam kenal la akak ni tp x sure tkt salah org...akak dulu masa itm dok E2 ka? amik seramik x silap?

Azlina Abdul said...

Salam Fawa...hehe...ha'ah la, akak dulu masa study di ITM, tinggal di Jati Siswi E2...dan memang student seramik hehehe....Fawa pun dari E2 ke?? Ambik kursus apa ye??

~FAWA~ said...

salam kak azlina...saya add link akak yer....saya junior dr akak..yes dok e2 juga,bilik depan bilik study...
saing saya dulu pun rasanya ada sama bilik akak tp ingat sapa la...saya amik textile..
x sangka ya...saya suka tgk handmade kad akak....

ChibimarukO said...

tahniah!