Thursday, December 30, 2010

Kayuh juga akhirnya....

Dah lama dah Cik Lin tak pergi bersenam......sudah sebulan lebih!! Oh tidak!!!! Patutlah badan rasa macam ada yang tak kena ja. Selalunya macam tu la. Bila dah biasa bersenam, pastu, tiba-tiba berhenti untuk jangka masa yang lama, badan mesti rasa serba tak kena. Sejak kes banjir dalam bulan November lepas.....sampailah Disember......Disember pun dah nak habis dah....dah nak masuk tahun baru pun......aku masih tak pergi bersenam. Dah banyak hari asyik dok pikir ja pasal bersenam tapi tak pergi pun. Akhirnya semalam aku bertekad untuk memulakannya. 

Mula-mula kena pastikan basikal aku yang telah terendam dalam banjir tu dapat berfungsi. Check tayar ada angin tak.....cuci basikal tu......dan test drive hahaha. Alhamdulillah, basikal biru aku tu boleh bergerak! :P Jadi pagi tadi, walaupun mata kuyu (akibat tidoq lewat sebab tengok Sivaji The Boss :D ) , aku tetap bersemangat untuk pergi bersenam kat taman dekat dengan rumah aku tu. Cuaca pagi ni sangat-sangat sejuk! Semalam hujan....sampai ke pagi.....jadi bila pergi mengayuh pagi tadi, ada banyak kabus kat luar.....fuuuuhhhh terasa macam kat luar negeri pulak hahaha.....memang sejuk sangat.....best!!

By the way....semalam cerita Sivaji The Boss tu, depa tak kasi terjemahan kat TV....haish! Nasib baik aku dah penah tengok cerita tu sebelum ni, so at least, paham jugaklah apa benda yang hendak diceritakan.....tapi kesian kat my Mom, dia tak paham sangat.....so aku terpaksa story kat dia la skit-skit sambil tonton cerita tu hahaha......walaupun tak paham bahasa Tamil tapi sekurang-kurangnya ada jugalah beberapa perkataan dalam bahasa Tamil yang aku tahu. Demi Superstar Rajni, aku sanggup tengok! Dia memang ada style tersendiri.....lain dari yang lain.....kelakar gila pulak tu....dan seperti biasa, filem-filemnya pasti ada meseg yang best!! Yang paling best dalam filem ni, adalah the tricks yang dia buat guna syiling tu....waaahahhhhh yang tu yang best tu!!! Camana dia flip the coin tu?? Camera trick ka atau betul-betul punya aksi tu?? Nampak macam real ja kan?? :D

Bila tiba kat taman.......terserempak dengan Maksu aku yang sejak akhir-akhir ni minat sangat dengan senaman Tai-Chi tu. Ingat nak cuba juga Tai-Chi nih......tapi...tapi tapi......bukan hari nih la ya......akan ku cuba pada hari yang lain. Hari ni, aku cuma nak kayuh basikal dan berjalan laju-laju ja kat taman tu. Maklumlah, bila dah lama tak pegi bersenam, badan pun tak dapat nak bergerak secergas dulu. Jadi kenalah hati-hati, nanti kang kalau terlebih-lebih senam pada hari pertama nanti mesti terseliuh sana, terseliuh sini. So....pelan-pelan laa...esok-esok baru tambahkan sessi bersenam tu.

Esok hari Jumaat! Ada aerobik!! Pasti kena join! Dah lama tak aerobik, rasa rindu plak. ;) Tak sabar menunggu hari esok! :)


Kayuh juga akhirnya....SocialTwist Tell-a-Friend

No comments: