Tuesday, August 31, 2010

Merdeka!!!

emilayusof


Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!!!

Alhamdulillah! Hari ini kita rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 tahun. Rasa sangat bersyukur kerana kita masih merdeka sehingga ke hari ini. Pelbagai kejayaan yang telah rakyat Malaysia kecapi dalam usaha untuk mengharumkan nama negara.

Sebagai anak Malaysia yang dilahirkan di bumi Malaysia ketika negara sudah merdeka, perasaan syukur sentiasa ada dalam diri ini. Sentiasa menghargai segala apa yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia selama ini yang telah banyak membantu saya dari saya kecil sehinggalah dewasa.

Apa pun yang hebat tentang negara luar......saya tetap sayangkan negara saya sendiri. Saya tak dapat nak bayangkan tinggal di negara lain. Kiranya untuk sementara waktu......untuk bercuti....tidak mengapa.....tapi kiranya untuk selamanya....tidak sama sekali.....kerana saya pasti akan amat merindui Malaysia. Orang luar pun sanggup bermastautin di negara kita selama berpuluh-puluh tahun....mengapa pula kita nak tinggalkan Malaysia kan?

Mengapa Malaysia? Kerana masyarakatnya yang berbilang kaum yang dapat hidup dengan aman dan harmoni.....kerana kepelbagaian makanan yang terdapat di sini yang sangat-sangat sedap hehehehe.....kerana pelbagai kemudahan yang telah disediakan kerajaan pada rakyat Malaysia. Pelbagai peluang yang dapat dimanfaatkan oleh kita. Nak tak nak je kan? Kalau rajin usaha....insyaallah.....ada hasilnya.....kalau malas nak usaha....tak kiralah apa jua kerajaan sediakan pada kita, kita tetap tak maju, kerana malas nak usaha. Tepuk dada tanyalah selera. Jangan banyak songeh....jangan banyak mengadu......usaha dulu......usaha bersungguh-sungguh. Tanya diri sendiri, apa yang kita dapat sumbangkan pada negara......jangan asyik nak harapkan bantuan dari kerajaan sahaja. Kita sendiri dapat menolong kiranya kita mahu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa.......saya dapat lihat terutama di kampung saya sendiri, di Alor Setar sendiri, sudah banyak perubahan telah dilakukan kerajaan. Pelbagai kemajuan yang dapat saya lihat yang memberi kemudahan pada penduduk di sini. Saya rasa sangat bersyukur bila ingatkan semua ni. Anak-anak muda sekarang ni sangat bertuah. Dilahirkan ketika kemudahan telah banyak tersedia buat mereka. Mereka tak lalui apa yang kita lalui dulu. Mereka tidak sedar betapa bertuahnya mereka.

Saya tak nak jadi rakyat Malaysia yang sudah lupakan diri. Saya masih ingat segalanya. Insyaallah, tak akan lupa akan segala jasa baik yang telah diberikan pada saya. :)

Hari ni, 21 Ramadhan 1431 merupakan hari jadi saya yang ke.....hehehehe....malulah pulak nak sebut sini. Tapi ya....hari ni harijadi saya dalam tahun Hijrah. Saya dilahirkan dalam bulan Ramadhan. :) Dalam banyak-banyak bulan.....saya paling suka dan sayang bulan Ramadhan. Tak sangka rupanya saya dilahirkan dalam bulan ini. Saya selalu ingat dan sambut hari jadi saya dalam bulan Ramadhan ni setiap tahun.....jadi dalam setahun, saya akan sambut hari jadi saya dua kali. Sekali dalam bulan Ramadhan dan sekali lagi dalam bulan September. :) Best!

Merdeka!!!SocialTwist Tell-a-Friend

1 comment:

Anonymous said...

Another version of Try to Remember. This one has lyrics and Perry Como sings this version.

Barb

http://lyrics.dainutekstai.lt/336352/perry-como-try-to-remember.htm